panggil masuk jumpa dia. Last week kitorang dah bincang pasal planning
untuk programming eksperimen ketiga aku.
Untuk PhD lah.
So weekend haritu aku dah la pikir2 lebih kurang untuk programming tu. Ekceli
aku nak jumpa si Sarah ni sangat-sangat sebab aku nak tanya dia, OK tak kalau aku
balik raya tahun ni. *hehe fingers crossed. Raya tahun ni September/Oktober,
time tu dah hujung musim panas dan student pun baru nak start semester baru.
Kununnye tiket murah sikit la, tapi aku tengok macam tuuu aje. MAS aje maintain
mahal. Lagi mahal adalah.
Tambah-tambah pulak, ayah aku cakap Jumaat lepas - rindu dah tak tengok muka
aku setahun. Huhu. Kena balik ni takleh jadi. Ayah aku nak hantar MMS, tapi tau-tau ajelah
henset aku tu. Hukum campak ke River Cam aje - ke aku yang tak reti setting? :p
Nak beremail, ayah aku tak reti sangat - tapi aku rase dia reti, cuma dia malas aje kot
bende-bende melibatkan technicalities nie.
Semenjak aku datang sini, dah bertambah lagi 2 anak sedara aku. Pikir-pikir balik - waaa banyak pulak benda yang aku missing sejak datang sini. Tapi ye la kan, aku pun nak kejar cita-cita aku jugak (cita-cita aku yang sebenar ke? Belasah ajelah huhu)
Abang aku dah cakap aku kena prepare duit raya lebih sebab anak sedara dah ramai. Tapi mana aci kalau aku tak dapat tngok diorang membesor, tau-tau aje dah nak kena kasik duit raya!
Heiii bila la nak masuk jumpe Sarah ni. Berdebar pulak nak bagitau dia yang akunak cuti. Apa-apahal, programming planning aku musti tip-top kejap lagi. Kasi dia
gumbira sikit. Pastu baru break the news. *grin..
Aku nak balik! Malam tadi pun asyik ulang main lagu Joget Pahang aje, walaupun dah
sah-sah aku bukan orang Pahang. Kesian flatmate aku si Korean tu bile aku memekak malam
tadi menyanyik. :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hapdet! 3.05pm
Hehe satu hari sampai 3x update. Melampau sungguh. Mentang2 la blog baru. So
semangat tu membuak-buak la.
Baru abis meeting tadik dengan Sarah. Dan dia takde hal kalau aku nak balik kejap raya depan! Hehe.
Ekceli programming planning aku takde la meletup sangat. Tempias gitu-gitu aje. Ye la, background aku bukan programming pun. Tambah2 aku takleh jawab how many pixels do you need to construct the smallest second-order letter C. Mane la aku nak tau. Tergagap jugak tadik. Sampai dah cakap omputih pun lenggok Melayu asli.. *grin
Tapi agak'eh dio suko den punyo calibration data ni ha. Sampai ke akar umbi dia check setiap data point aku. Takut pulak aku tengok. Last-last ok la, bila aku cakap nak balik, dia OK aje. Tapi kan, time aku tgh taip entri ni, aku dapat info pulak sesapa yang balik tanpa kebenaran, scholarship kena potong pulak! Camner pulak tu... :(
OK la. Nak memesrakan diri dengan MatLab. Asyik hapdet aje, ape cerita.. Pukul 6 ni Laura, advisor merangkap programmer aku datang lab. Kena la prepare-prepare siikit. Walaupun aku tak reti sangat, tak mau le kelihatan buduh sangat. Kejam sungguh rasanya.
No comments:
Post a Comment