Baru sekejap tadi, kelas terakhir untuk Beginners' Ballroom.
Sekarang aku kat library pulak, menaip entri ni. Rajin tak aku, datang library lepas sejam berpeluh belajar menari bagai.
Sudah, lupakan pasal library. Entri kali ni pasal kelas tadi sebenarnya, hehe.
Sekejap aje dah 6 minggu. Dulu masa aku mula-mula aku nak sign up, kelas dah penuh sebebarnya. Tapi disebabkan kelas Encik Clive tu fofuler, dan atas permintaan ramai, maka dia pun buat la extra class untuk kitorang yang baru lepas demam Strictly Come Dancing (original version of Sehati Berdansa) masa tu. Lagipun, satu couple bayar £70 takkan nak tolak kan. Kelas yang aku masuk ni pun ada lebey kurang 10 couple, senang-senang aje le Pakcik Clive tu dapat £700. Itupun kelas tambahan ni dia kata size dia jauh lebih kecik dari kelas asal. Kalau kelas tambahan ni pun dah dapat £700, kelas asal yang besar tu tah berapa dia kutip agaknya.
Masa mula-mula kau datang tu, aku gamble aje datang sorang-sorang tanpa couple. Ada satu kelas lain tu taknak terima aku pasal dia wajibkan kalau nak datang, kena ada couple. Tapi Pakcik Clive ni pulak dia kata biasanya, perempuan lazimnya lagi ramai yang sign up dari lelaki, so aku boleh pilih la sapa-sapa yang aku nak.
Kononnya la.
Sekali masa first kelas, ada sorang aje perempuan yang sign up sorang, si Rebecca, dengan 2 orang lelaki yang takde couple (aku le tu, dengan sorang bloke nama Al).
Maka bertukarlah-tukarlah kitorang menari dengan si Rebecca tu. Lima minit menari, tukar, duduk lima minit, menari balik lima minit.
Tapi OK jugaklah, walaupun aku dengan Al tak dapat menari sebanyak orang lain, tapi aku rasa kitorang lagi best dari kapel-kapel lain (haha perasan). Dan aku lagi best sikit dari Al pasal dia miss kelas minggu lepas, so dia miss basic untuk Quickstep (haha perasan kelas lagi sekali). Dan tadi pun aku dengan Rebecca ajar Jive kat satu kapel ni yang tak dapat-dapat lagi step dari minggu kedua.
Maunya tak terer (!) ye ye lah aku buat revision of all the steps (sambil berselang seli dengan eksperimen, datang kelas, analisis data, mengajar student undergrad, etc, etc).
Dan tadi adalah kelas last.. Huhu sedey sedey.
Tapi takpe. Aku dah daftar untuk kelas Beginners' Continuation. Rebecca pun sambung gak, so aku terjamin ada kapel untuk sesi tu, hehe. Al tak tau lagi nak daftar ke tak. Aku dengan Al ni sebelum ni cakap sikit-sikit aje, tapi tadi time sebelum balik masa dok bukak kunci basikal, tiba-tiba kena angin apa tah terus jadi peramah. Ooo dah habis baru ramah ye. Dan aku rasa most of the couples nak sambung, so masuk lagi £700 dalam poket Encik Clive kita.. Tapi takpe, he deserves it. Best dance teacher ever (macamlah kau pernah kenal dengan mana-mana dance teacher sebelum nie).
OK, nak balik pada tujuan asal ke library nie.
Balik ke tujuan asal datang ke UK - buat PhD!
:)
Thursday, 14 February 2008
Beginner to beginner continuation
Tuesday, 12 February 2008
Long Day(s)...
Wednesday, 6 February 2008
Obama for President!

Motif?? Hehe.
Tak duduk pun kat US. Warganegara jauh sekali.
But come to think of it, kalaulah someone on the other side of the atlantic can influence me to believe in him, believe in his promise of change, then isn't he great enough?
Pada pendapat aku, media UK ni lebih berat pada Puan Clinton itu. Mungkin masih tak boleh terima kot, someone from ethnic minority is a contender for presidency of a country that they once colonized partly? Tengok berita pun rasa menyampah.
Barack Obama mula-mula tarik perhatian aku masa dia menang dekat Iowa election - a state that is 90% whites. Makcik Clinton dapat nombor tiga aje.
Then sebelum causus dekat New Hampshire (second state to vote), Obama led - tapi aku rasa Makcik Clinton main strategi air mata. Masa malam sebelum pemilihan tu bila aku tengok berita, makcik tu tengah menangis pulak - terus aku terfikir - habislah Obama...
So, Makcik Clinton itu pun menang keesokan harinya dengan senjata air mata dia. Kesimpulannya adalah: New Hampshire Democrats Preseidential Election = X-Factor audition session. Menangis merayu-merayu nak dapat undi. Bwahahaa... Magik tak, ada 11 ramalan based on random sampling, semua kata Obama akan menang dekat New Hampshire tu.
Masa aku menulis ni, Super Tuesday baru lepas - hari di mana 22 negeri kat US mengundi. Tak salah aku, Obama menang di lagi banyak negeri berbanding Makcik Clinton, tapi dia kurang sikit dari segi bilangan pencalonan (polisi Demokrat adalah bukan siapa paling banyak menang state tp siapa menang paling banyak pencalonan - jangan risau, aku pun pening dengan diorang nih).
Lagipun kan, aku tak suke betul tengok muka Makcik Clinton tu. I can see evil in her eyes and her face.. Haha jahat tak. No lah, honestly I think she'll be a puppet. At least, almost all political analysts (yang aku tengok kat tivi lah) said that. A dynasty of scandal and corruption.
I think one thing that people forget is to look at the future aftermath of these presidential candidates election.
Bayangkan, kalau undi Democrates terbahagi dua - untuk Obama dan Makcik Hillary, masa final stage nanti senang-senang aje calon Republican, John McCain boleh dapat undi sebab dia tak ada saingan sengit dari dalam Republican sendiri.
So ada kebarangkalian yang selama ni orang berdegar-degar cakap Democrats akan kuasai White House, tengok-tengok Republican yang retain kuasa. Tapi kan aku rasa, paling penting orang US nak George W Bush to be as far away from White House.
Selamba je ada rakyat marhaen cakap macam tu dekat national tv tadi. Ah, the freedom of speech...
Ewah. Jadi penganalisis politik US pulak aku kali ni.. :p
Monday, 4 February 2008
Entahlah..
Masa tu pukul 4.10 petang tadi waktu sini. So pukul 12.20 tengah malam dekat Malaysia.
Ayah mintak tolong - dia bukak Microsoft Word dan tak jumpa formatting bar - alah, bar yang ada font type, font size, paragraph alignment tu.
Tak, aku tak terasa nak gelak langsung. Series tak.
It's just - weird, since a call has been made over two different countries, two different continents that are thousands of miles apart.
Bukannya apa, cuma satu dua perkara dok bermain-main dalam fikiran aku. Pertama, I am sooo worried that ayah has reached the phase where it's your parents turn for attention and affection from you. Aku tak kisah sebenarnya kalau ayah call, cuma calling in the middle of the night to ask about where the bloody hell is the formatting bar?
Kedua, what are my two brothers doing??? Yes, they have their own family, their own matters - but THEY ARE IN MALAYSIA, for God's sake.
Makin aku fikir benda ni, makin apparent pada aku yang no matter what, ayah will turn to me to seek help. Cuba kau fikir, kalau your own parents need assistance from you even when you very far away, even when there are other alternatives - have my brothers been too busy, and ayah has been pretty much neglected? Bile fikir-fikir balik, aku rasa aku yang banyak spend masa dengan ayah (through talktime), walaupun aku duduk jauh teramat.
Last week aku bagi green light kat ayah (chewwah) to buy a new, powerful laptop and set up internet connection dekat rumah through my expenses. It's OK, as long as itu yang ayah nak - walaupun jauh kat sudut hati aku, aku tau ayah lebih nak berhubung dengan cucu tiri dia dekat Dubai nu.
Nak harap cucu sendiri, jenuhlah menunggu mak bapak diorang bawak balik Seremban nu ha.
So sekarang dah takde alasan aku nak rebel-rebel macam zaman dulu. Huhu.
Sekarang zaman untuk menjaga ayah, walaupun aku jauh di mata...