Tuesday, 29 January 2008
To-do list for Wednesday
b. ask sarah about who should i meet to remind about where to ask for my fees
c. setup experiment for hakimi before 11 am (mixed, practice) and get employment sheet for him
d. run experiment on myself sigma .125e. setup experiment for raju to do - recheck what he has re-done for the dipper. raju's turn is on thursday
f. find pretty psychometric functions for poster
g. revise the words on poster - deadline friday
h. give employment sheet to rupal to be signed
i. construct landolt c in matlab
i am going crazyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Banyak benor keroje
Dari pagi kerja tak berenti-renti. Mula-mula meeting dengan Sarah. Sekali lagi, aku diingatkan pasal all the experimental runs. Nak run on myself lagi, nak repeat on Raju (salah sorang subjek aku) lagi. Pastu tadi plan sekali jadual untuk penggunaan equipment kat lab tu. Ye le, Sarah pun nak run the experiment on herself jugak.
Satu benda yang best (best ke??) pasal eksperimen aku adalah, aku sendiri boleh jadi subjek. Sarah si supervisor aku tu pun jadi subjek aku jugak. Total subjek aku for the whole PhD ni adalah dalam 5 orang.
Tapi setiap sorang tu kena contribute berjuta-juta lemon data. Mak nenek betul.
Bila buat research on how the visual system works ni, kita tak perlu subjek banyak-banyak. Tugasannya tetap sama, hanya perlu beri respon pada stimulus aje. Kau buat kat 100 orang ke, 10 orang ke, resultnya gitu jugak, considering semua subjek kau normal la. Sebab tu dalam research dalam bidang ni (vision science), kalau tengok research papers, subjeknya semua 2-3 orang aje. Dan kebanyakkannya, author of the papers tu sendiri yang jadi subjek.
So duduk la sorang-sorang, bergelap dalam lab, tekan butang sana sini - nak memahami the way our brain works punya pasal.
Si Raju ni pun satu. Aku suspek sebelum ni bila dia buat eksperimen, dia main belasah aje. Kiranya buat separuh hati aje la. Langsung result dia macam lahanat aje. Kan dah kena tambah a few more runs nak stabilizekan balik reading dia.
Lepas dah meering-sembang denga Sarah tu, tetapkan appointment untuk experimental sessions untuk Raju dengan Hakimi pulak. Pastu adjust-asjust lagi poster untuk konferens bulan depan (Sarah kata kaler banyak sangatlah, kena cari sampel graf yang lagi lawa la.. Penin kepala pakcik).
Tengahari pulak mengajar kat lab - Clinical Optometry 1 - dari pukul 1 sampai pukul 4. Tadi ajar prosedur untuk ophthalmoscopy.
Ada la satu pair bidak pompuan ni, aku ajar dia rotate lens wheel tu guna ibu jari. Pastu ada budak final year yang tolong mengajar cakap kat dia rotate guna jari telunjuk. Aku kat kubikel sebelah masa tu dengan student lain. Aku terdengar la salah sorang budak pompuan tu cakap: 'The other guy told me to rate using the thumb,'
as if menyalahkan aku pulak (diorang ni satu-satunya pair yang masih tak reti-reti guna ophthalmoscope).
Ada yang aku hentak pulak dengan kepala ophthalmoscope tu karang. Dah tak pandai guna lagi nak salahkan aku pulak. Ah, lantak la, yang penting aku dibayar £10 sejam. Muahhahaaa..
Lepas kelas pukul 4 baru la dapat makan. Pukul 5 pulak tercangak menunggu desktop aku yang dah 3 minggu hantar repair. Kejap hari Jumaat siap lah, hari Isnin lah, minggu depan lah. Nasib baik la siap jugak...
Dari pukul 6 sampai 8.40 malam tadik, ada programming session dengan Laura. Aiyo penat gial aku sekarang ni, nak cerita pun tak larat dah. Otak tepu dah melimpah ruah dah ni.. Huhu.
Esok nak settle kan pulak kau punya annual re-registration. Bengong betul la universiti ni. Tiap-tiap awal semester adaaa aje problem. Aku baru tau semalam yang aku tak dapat re-register sebab dia nak surat pengesahan dari KPT yang aku akan terus disponsor untuk tahun kedua, padahal dalam surat aku dah terang-terang tertulis yang aku akan disponsor selama 3 tahun. Lepas tu bukannya nak bagitau awal-awal pasal nak pengesahan tu, padahal aku dah try na ksetelkan dah nak masuk 2 minggu dah. Expiry date lagi 3 hari baru sibuk nak bagitau aku.
Lain kali kalau aku bagi surat tu, baca la sampai habis. Dulu sibuk kata KPT tak bayar yuran, padahal kerani bengong tu tak baca dalam surat tu kata semua bayarak kena la mintak kat KPT, siap bagi alamat segala. Takkan kau nak expect KPT nak bagi duit kat kau kalau kau tak mintak?
Bodoh betul la universiti ni bila sampai bab-bab simple macam ni.
Kan dah kena bodoh sekali. Dan bengong dua kali. Hehe.
Sunday, 27 January 2008
Setahun sudah..
Apa yang dah berlaku dalam sethaun ni ek? Aku rasa kehidupan aku sekarang ni dah banyak beza dengan masa aku mula-mula sampai dulu.
Mesti la ada beza kan.
Setahun lepas, aku kenal dua orang Malaysia aje kat sini. Itu pun dua-dua dah lesap (balik negeri lah). Malam tadi, aku pergi rumah Kimi. Masa dia call aku dia cakap ada makan-makan, datang le awal sebab lepas tu ada meeting pulak. Tapi aku tak kesah le sangat pasal meeting tu, yang penting makan. Tak jadi aku pergi Asda nak beli barang dapur. Ye lah dah dapat makan free.. Hehe.
Yarabbi nikmat gile makan soto semalam.. Rasa macam nak tapau bawak balik aje. Makan-makan lebih kurang, datang la orang-orang lain pulak... Gile ramai jugak orang Melayu kat Cambridge nie rupanya. Aku punya sorang-sorang melayan duka lara pasrah segala. Yang paling tak sangka, classmate aku kat sekolah dulu pun ada kat Cambridge jugak! Si Intan tu baru datang September aritu. Intan cakap kat aku memang tak ramai pun orang Melayu kat sini, cuma baru-baru nie aje jumlah tu makin bertambah.
Tiba-tiba malam tadi, buat pertama kalinya aku dikelilingi dekat 20 orang Melayu. Bahagia aje rasa, boleh tak.. Hehe (lagipun sebab dapat tambah soto 2nd round *smile). Ekceli tujuan meeting tu nak tubuhkan satu persatuan untuk orang Melayu Malaysia kat sini, sebabnya kitorang sangat-sangat lah underrepresented kat persatuan yang ada sekarang (baca: persatuan tu di-conquer ca ya nun alif). So susahlah katanya nak organize aktiviti, especially bab makan-makan.
Lagipun aku memang anti sikit dengan persatuan yang ada sekarang ni. Ada sekali tu au ada nak join aktiviti diorang tapi aku kena bayar full fee sebab aku bukan member. Tu takpe lagi. Lepas tu ada ke patut diorang cakap aku sampai bila-bila pun takkan dapat jadi ahli sebab aku bukan Malaysian student yang belajar kat Cambridge University.
Apa kes?? At least fikirlah kebajikan orang Malaysia yang belajar dekat bandar yang sama kan, bukan luak pun kalau aku jadi ahli. So terus aje aku anti dengan diorang.. Huhu.
Makanya malam tadi tertubuhlah Cammus (Cambridge Malaysian Muslim Society).. Aku mula-mula tak jadi AJK pun, tetibe 'ter'jadi pulak ala-ala AJK khas untuk Anglia Ruskin University.. Nak buat apa pun tak tau, sebab aku sorang aje member yang belajar kat situ.. Hehe.
Tadi pulak aku keluar jalan jalan dengan Intan kat pekan. Puas hati siot dapat jalan dengan orang yang aku kenal tanpa perlu berbahasa Inggeris.
Dan lepas setahun, aku bakal tukar henset dan tukar mobile service provider. Hehe. Dulu aim aku nak cari offer yang paling murah untuk call Malaysia, sekarang ni dah ramai pulak kawan kat Cambridge ni, jadi kena consider diorang jugak ni.
OK kena stop. Semalam dah seharian tak buat apa-apa. Hari ni kena la at least baca something-something. Lepas setahun, kena la buat lebih baik dari setahun yang lepas ye tak.
Thursday, 24 January 2008
Another night
Kadang-kadang aku terfikir, bila la semua ni nak berakhir.
Kadang-kadang terfikir pulak - seronok pulak kat sini. Ye lah, tak payah fikir sangat pasal hal remeh temeh hidup. Tak payah bayar ansuran kereta, mortgage, cukai segala bagai.
Tapi tak juga seronok - kadang-kadang ada masa aku rasa sensorang sangat. Time-time teruk tu, tiap-tiap malam mimpi balik Malaysia. Takpun plan apa nak buat kalau balik Malaysia, plan apa nak pakai, rancang trip ke sana ke mari. Macam dah sampai Malaysia aje kononnya!
Malam ni spend masa kat library lagi. Kalau aku kuat (.., tabah dan gigih), maybe I'll spend each and every night for the next two years in the library. Erk, mungkin bukan malam weekend kot, sebab library tutup pukul 6 petang hari Sabtu dan Ahad). Cukuplah 2,3 bulan lepas aku statik tak bergerak buat apa-apa.
Tadi pun aku chow balik awal sikit. Pergi kelas menari la apa lagi, haha. Seharian hari ni cepat aje berlalu, sebab menyiapkan poster untuk internal konferens yang datelinenya 2 minggu lagi. - sambil berselang-seli dengan meeting dengan Sarah. Kan aku dah cakap semalm, ada aje yang nak kena tambah kat draf pertama poster aku. Adat la kan jadi research student, siapa-siapa yang pernah atau tengah buat research degree mesti dah biasa.
Pukul 3.30 dah chow (tampal Post-It kat pintu, tulis 'library'). Ye le, dah aku balik lagi awal dari Sarah - mana boleh research student balik lagi awal dari supervisor, so kena la devise taktik sikit. Beli-beli barang lebih kurang, balik rumah masak kari. Pastu chow pergi kelas menari..
Hari ni review balik Waltz dan Cha cha cha. Tambah satu step lagi, aku pun tak ingat nama apa. Lepas setengah jam, belajar Latin dance baru pulak - Jive. jive ni lagi laju dari cha cha cha dan lagi kompleks sikit step dia. Aku rasa aku lagi minat tengok ballroom dance, tapi aku lagi terrer (aku rasa la) menari Latin. Macamana tu?
Bila la nak belajar Quickstep ni. Quickstep ni sejenis ballroom dance, tapi step dia lagi laju, siap ada menendang-nendang ke udara bagai. Teruja aku tengok. Hehe.
Eh, tak boleh embed pulak YouTube Quickstep ni. Masa aku tengok Quickstep ni kat TV lah yang buat aku mula-mula menggatal, eh; berazam nak belajar menari ballroom. Haha.
Aku letak link aje le:
http://youtube.com/watch?v=XznJS5WTcbc
Dah malas dah kat library ni. Nak balik ke tak nak...
Wednesday, 23 January 2008
Florida, anyone?
Konferens Vision Sciences Society aku bulan 5 tahun ni. Ye ye kan nak berkonferens tapi sibuk promote pasal holiday bersuka-suka pulak.
Kat uni aku ni, setiap student postgrad akan disponsor sekali sepanjang pengajian untuk present kat mana-mana international conference. Dengar macam gempak la kan.
Bad news nya pulak. staff baru lepas meeting tadi dan Sarah cakap maximum tahun ni dia bagi cuma £250. Sedih betul belajar universiti
So.. Dari apa yang aku baca, di US semuanya besar - kereta, jalan, portion makanan - dan termasuklah bilik hotel - makanya rugi la pulak kalau gi sensorang kan. Sebab bilik hotel paling koman pun boleh muat 2 orang putih, baik aku ajak sesapa datang dengan aku kan. Dulu pun Carmen ajak postgrad lain pergi dengan dia, cuma topap tiket katebang aje. Accommodation dah konpem tak payah bayar..
So, berminat? Return flight around £430-£450 (direct, mungkin lagi murah kalau stopover dekat New York).
Muhahaahaa.
Kontek la aku kalau berani. Hehe.
-----
11.23pm, Library.
Poster contents untuk Annual Research Conference dah settle! Yeay!
Well, at least dah settle mengikut terma aku lah. Sebab tak tunjuk kat Sarah lagi. Sebenarnya Sarah tak cakap pun nak tengok rangka untuk poster aku. But sooner or later, aku kena tunjuk kat dia jugak kan. Lagipun, aku kan pro-aktif.
Haha yelah tu. Sebenarnya, second supervisor aku, John, merangkap first supervisor budak postgrad bilik sebelah dah bagi deadline kat student dia. John suruh Vineela email poster outline dia malam ni, dan esok nak bincang.
Memandangkan John nie jugak merangkap suami si Sarah, so dah sure la Sarah akan teringat (atau diingatkan) pasal poster aku pulak ye tak. So sebelum Sarah sempat suruh aku esok, baik aku hulur terus aje kat dia.
Kena la aktif sikit (ini bukan mengampu ye. Bukannya aku buat apa yang dia tak suruh buat. Aku buat apa yang aku tahu aku kena buat dan tanpa perlu disuruh atau ditolak jatuh tebing baru nak terkial-kial buat). I got 8 out of 9 in my assessment last semester to prove that tau.
OK. Nak balik dulu. Lapar la pulak. Semalam tak tahan godaan, balik library pukul 11, sempat pulak singgah chicken Cottage beli burger. Tak pasal aje.
Monday, 21 January 2008
self-imposed rules
Kat library. Giler aahhh...
Alah, ramai aje kat library ni sebenarnya. Takde la nak perasan rajin sangat. Hehe...
Sekarang ni kena la aku self-impose certain rules untuk diri sendiri. Lepas setahun kat sini, banyak lagi yang aku tak tau sebenarnya. Terpaksa aku berazam untuk mengambik tahu semua. Kalau boleh semua-semua sekali.. Heeh tamak betul.
Tapi tak luak pun ilmu kalau dicari, ye tak?
Aku kat library tengah-tengah malam ni pun sebab saje nak wujudkan suasana prep..
Hmm prep lah pulak.. Hehe. Pada aku prep ni bagus apa. Sebab prep ni memaksa aku stadi. Fasa hidup terakhir aku yang ada prep berjadual adalah masa kat matrik (ye, matrik aku wajib prep malam ye). Aku ni pulak stail kena tengok orang lain stadi, baru la aku semangat nak stadi.
Masuk universiti, stadi sendirik-sendirik, terus kecundang aku. *smile.
Saje aje pergi library ni sebenarnya. Duduk kat rumah alamatnya haram la tak jadi kerja. TV tu kalau takde cerita pun tetap jugak aku tengok. Dah la siang kat lab pun bukannya sepanjang masa buat kerja berfaedah. Ade aje distraction yang membawa ke procrastination.. Huhu.
Alamak.. Ada junior aku pulak kat area ni. Mai stadi gak kot?
----
Ok. Just said hi to him.
Aku kan mesra pelajar. Ahahaha..
So here I am, merepek sorang-sorang. Hmm.. Nak berazam lah datang library tiap-tiap malam. Harap-harap la. Sebab sekarang ni terasa sangat lah tak cukup pandainya aku ni.
Sebenarnya dah rasa tak cukup pandai lama dah, tapi aku buat derk ajer. Haha..
OK kena sambung baca something ni. Esok gerenti Sarah nak meeting ngan aku. Ape la aku nak goreng esok ni. Last week aku rasa maca mtak buat apa-apa pun. At least apa-apa yang impressive lah. Lepas tu dengan sakitnya lagi.
Sebab tu laa orang ambik masa bertahun-tahun buat PhD. Semalam ada student aku selamba aje cakap "3 tahun nak buat PhD? Lamanya.. Takkan tak sempat siap?"
Suka-suka hati aje.
Tengok ape yang aku tulis kat profile tu - bende-bende yang aku kena ambik tau. Nak jadi scholar punya pasal, belasah ajelah. Dan aku kena belasah sekali student aku tu.
Sunday, 20 January 2008
Ahad
Dan di library. Ngeh ngeh ngeh.
Ramai gak orang harini. Aku rasa sebab undergrad students nak exam untuk semester 1 nanti. Dah puas korang bercuti Krismas dengan New Year segala, sekarang rasakan kena amik exam. Hehe..
Antara sebab aku terus proceed to PhD (instead of doing Masters first) - adalah aku dah malas nak amik exam. Cukuplah aku amik exam dari umur aku 7 tahun sampailah ke 22.
Masa aku nak apply untuk postgrad dulu, ada prof aku cakap better ambik taught course masters - meaning, masuk kelas, masuk klinik, all year evaluation, in the end ada paper exam. Cara ni gerenti akan dapat grad on time - asalkan aku lulus written exam tu.
Tapi mengenangkan aku dah tak kuasa nak menghadapi tekanan nak duduk ambik periksa, maka aku pun mengabaikanlah idea tu. To me, the greatest pressure is the night before exam. On the day itself tak rasa pressure sangat, mungkin sebab aku tau aku dah tak boleh buat apa-apa kot. Haha.
Lagipun, kalau dah dapat buat PhD direct, baik grab aje peluang tu ye tak.
Bile la nak mengambik gap year ni. Cuti setahun berjalan-jalan. Dari kecik sampai ke besor asyik berada dalam environment akademik aje. Habis PhD ni lagi la, konpem seumur hidup dok dalam akademik setting. Nasib la lepas habis bachelor's degree aku kerja setahun lebih. Kira gap year la jugak tu. Walaupun kerja yang mendapat gaji ribu riban tapi aku rasa macam takde life dan asyik mengalami tekanan perasaan aje, pada aku baik angkat kaki aje.
Dan dah angkat kaki dah pun. Lama dah. Hehe.
Besides the time when I lost Ibu, there are two bad memories in my life - when I was in Form 2, and when I was working right after my final exam (not graduation!) in private practice.
And no doubt, my previous (and officially first) working experience is the worse of the worst.
Walaupun ada aje kengkawan aku yang bertukar-tukar kerja sebab tak sesuai, atau tak dapat kerja langsung, aku tak pernah rasa sesal tinggalkan kerja lama aku. Lagi gembira adalah. Hehe. Just my luck that I could play the 'supply-and -demand' card. Demand was (and still is, I think) for optometrists is high and there is a shortage of supply. So aku suka-suka hati aje la angkat kaki.
OK. Sambung baca buku.
There is still long to go with my academic year in my life.
-----------------------------------------------
Wah, mentang-mentang la library ada access internet semanjang, asyik nak menghapdeeeeeeet aje. *smile
Banyak pulak orang tidur kat library. Ye ye la aku puji diorang kejap tadik. Kalau ada kamera kan best dapat gak meng-snap-snap. Bukan takde kamera, tapi aku tak gemar sangat le dengan Ca*sio Ex*ilim aku tu. Gambar semacam aje. Aku rasa musti something wrong dengan optics lens dia. Selalu orang amik kesah dengan pixel aje, ala-ala tinggi pixel lagi bagus la (padahal bukan nak amik gambar lepas tu enlarge bagai nak mati). Dulu aku pakai Canon yang 3.2MP aje tapi kualiti gambar lagi bagus dari Casio yang 7.2MP nie. Harap makan storage space aje lebih. Huhu.
Tadi aku gi jenjalan kejap. Sempat la belek-belek 2,3 chapter pasal programming. Haiyooo ape laa yang optometris buat dengan programming book ye tak.
Ini la nasibnye buat lab-based research. Walaupun programming dah siap sebelum aku sampai sini, kena la tau jugak kan camner benda alah tu diprogramkan. Setakat tekan butang dan dapat result, itu bukan PhD namanya. Sapa-sapa pun boleh buat kalau macam tu.
Sekarang ni dua programming language (ke programming program? Programming software kot..) yang aku kena belajar. Mat*lab dengan C++. Dalam blog lama aku, aku ada tulis pasal cubaan pertama aku nak belajar C. Tapi kecundang akhirnya, lepas program tak jalan dan aku pun give up. Mana nak menjadi, udah aku tau tau kena ada compiler-lah, debugger-lah. Main belasah aje masa tu.
Sekarang ni - masih tak berapa reti gak. Haha. Harap-harap lepas ni reti la.
Bila kenang-kenang balik apa yang aku pernah cita-citakan dulu, dengan apa yang aku buat sekarang, terasa sangat lah pelik. Nak jadi arkitek la, peguam la.
Tiba-tiba dok kat health care. Dan sekarang belajar programming la, Fourier transform la. Abis engineering matemathics semua kena belajar sebab nak apply kat vision. Dulu ingatkan kat matrik la paling last sekali aku kena belajar Calculus, pembezaan pengamiran segala.
Mai sini kena refresh balik pulakkk... Huhu. Malu je bentang paper lepas tu skip all the calculations part.
-----------------------------------------------
Anyway. Bercakap pasal Fourier transform.. Tadi aku dok belek-belek buku pasal teori encik Fourier ni, aku terjumpa resit library tahun 2003.
Ada nama student PhD Sarah yang sebelum aku. Si Subash.
Subash ni grad tahun 2005, sekarang kat Manchester. Ade la aku jumpa dia sekali masa dia datang jenguk Sarah aritu. Sebelum aku datang sini, aku ada la email dia tanya amacam kerja dengan Sarah, ok tak.. (Trick nak kenal personaliti bakal supervisor sebelum aku start buat PhD la kononnnya). Harma dia tak reply pun.. Ceh! Aku gamble aje datang to work with Sarah. Nasib la Sarah OK.
OK, berbalik pasal resit library si Subash nu. Tergamam kejap aku bila dia pinjam 5 buku pasal Fourier transform and analysis.
Waa.. Satu lagi bende ke aku kena tau..
Terpaksa pinjam jugak.
Cukup 3 tahun botak kepala aku. Huhu.
Saturday, 19 January 2008
Semangat baru
Haha.
Research aku ni dah makin banyak menumpu pada physics and matemathics modelling of vision pulak. Dah la satu hal aku takleh practice optometry kat sini. Kat UK, kalau aku nak practice, I have to sit for a professional exam, macam mana-mana profesion kesihatan yang lain. Kalau lulus, baru boleh practice - which is good news, since kalau buat locum dapat £25o sehari - gile ah banyakkkk!!
Tapi the bad news - fees untuk exam aje dah ber-££-££. Mengenangkan betapa horrornya practical exam yang aku amik masa undergrad kat Malaysia, nak amik exam ni pun kena pikir 7,8 ribu kali. Research aku yang lab-based dan bukan clinical-based dah satu hal - satu-satunya penyambung riwayat clinical skills aku adalah mengajar lab untuk student undergrad. Dapat gak duit poket, cuma harap-harap aku tak bagi ajaran sesat la kat diorang. Sehari sebelum lab baru nak bukak balik buku, dan selepas setahun tak praktis pegang alat-alat untuk eye examination..
In one way, aku tak kisah sangat pun kalau deviate dari clinical setting. Honestly, aku rasa aku tak prefer sangat buat klinikal pun sebenarnya. Haha. Dok teringat lagi masa final year undergrad dulu, setiap kali dapat fail patient, aku pegang kejap, tarik nafas dalam-dalam, baca doa apa-apa yang patut lepas tu baru panggil patient. Yes, helping people is a satisfaction - tersangatlah puas dan seronok kalau aku berjaya tolong patient selesaikan any vision-related problem. Tapi, along with that, comes the responsibilities and burden of misdiagnosis.
Ada sekali tu - salah sorang fellow blogger jadi patient aku. Aku tak dapat diagnose eye condition dia, walaupun all the signs were so clear in front of my eyes dan aku dah jumpa 2 kes yang sama sebelum tu. Paling tak tahan kena kutuk dengan supervisor dari belakang. Terus aku mengalami acute depression masa tu. Pukul 4 pagi esoknya, dengan tak boleh tidur, aku contact patient aku mintak maaf segala... :(
OK, sekarang, biarlah aku buat lab-based research. To understanding vision. Maka marilah kita berenti menghapdet dan mohlah ke library bukak balik all the Calculus books. Sebelum-sebelum ni aku belasah aje baca research papers, skipping all the calculation part.
Suka-suka hati aku aje...
Sekarang dah second year, and I expect myself to produce my own calculations, for my own mathemathical modelling of vision. Walalalalaa..
Friday, 18 January 2008
Waltz to headaches...
bbc.co.uk/strictlycomedancing
Penat ooo belajar. Habis kelas sejam tu, aku berpeluh la sikit so rasa ok sikit badan aku ni. Sampai rumah aje terus nak pitam..
Anyway pagi ni dah OK sikit. Aku ingatkan malas aje nak pergi lab, tapi datang gak laa.. Dok umah bukan ada apa pun. At least datang lab dapat menghapdet.. Hehe.
-----------------------------------------
7.38 pm
Bila dah duduk kat tempat orang ni, aku dapat tengok betapa berat sebelahnyaBarat dalam menangani isu dunia ni.
Dalam program berita yang sama, aku dapat tengok wartawan barat ni berat sebelah. Mungkintak semua, tapi bengang jugak la kalau tengok.
OK, mula-mula pasal lawatan Gordon Brown ke China untuk bisang isu foreign investment dan ekonomi. In one part of the news, anchorman tu cakap ada wartawan kat economic conference tu tanya wakil China, 'When the Chinese Government will allow its people to elect their own leader?'
In one sense, OK la kan - sekilas pandang macam those in the West ni ambik berat la pasal prinsip demokrasi kat dunia ni (walaupun pada pandangan aku, apa-apa acuan Barat tak semestinya bagus). Jawapan dari wakil China - 'Different part of the world has different ways,'
OK.. Aku setuju (cuma tone suara anchorman tu kedengaran sinis, cynical.
Lepas tu, berita pasal serangan roket Israel dekat Semenanjung Gaza pulak.
'This Palestinian woman asks over and over again - "What have we done to deserve all this?"
'It's the answer that they all know very well - because they have elected for a Hamas government in the last election,'
At this point, kau boleh rasa betapa benci sampai nak penendang aje diorang ni. It's hard to imagine, tak terbayang dek akalmu, in one part of the world, they say that democracy is the only way of the world. Tapi pada masa yang sama, they do nothing when a nation is physically and emotionally paralyzed because they have DEMOCRATICALLY elect a goverment which is not supprted by the West.
How weird is that!
But not all is bad. Aku rasa sekarang ni there are more and more TV shows that openly critized Tony Blair's one-man decision to attack Iraq.
It's weird when the whole nation opposed the action, but the attack went on.
How democratic.
Eh, series pulak kali ni.
Thursday, 17 January 2008
Nak demam!
Wednesday, 16 January 2008
The second
Parah ni. Aku rasa semenjak buat cardio kat gym ni, makin banyak pulak aku makan. Nak supply calorie balik kot. Sekali cardio lari-lari atas treadmill, mesin alah tu kata dah burn 380 (kJ ke kcal? aku pun tak sure). Balik rumah lepas tu memang makan tak hengaaatt.. Huhu. Rasa macam nak training untuk London Marathon pulak, dah tiap selang sehari mengabiskan 40 minit atas treadmill macam hamster.
Hari ni tak kot.. Sebab aku makan lunch lambat hari ni. Kalau lari jugak, memang berhambur la isi perut aku kejap lagi.
Pagi tadi dapat email dari Tomen. Waaa Tomen nak kawen bulan empat ni. Satu lagi kenduri kawen kawan aku yang aku bakal terlepas. Aku cakap kat dia, tak kira kena postpone kenduri sampai aku balik *suka-suka hati aku aje..
Yut - 2nd baby on the way. Moli - expecting her first. Mazni, Wan Ju, Abi, Kiok - semua dah selamattt... Taksang and Fadilah dah nak jadi dah. Shya dah tunang.
Aku? -ngeh ngeh ngeh...
Teringat masa aku cakap kat ayah aku masa nak sambung belajar dulu - dari nak masuk balik uni, buat PhD nanti gitu gini, ada la dalam 5 tahun. Ayat spontan dari bapak aku: Abeh bile ko nak kawen??
Hehe tunggu le aku balik. Tengok le dulu. Takpa laaa no..
OK. Aku sepatutnye pergi buat monitor calibration ni. Pagi tadi dah buat separuh (yang semalam tak abes), pastu aku senang lenang merewang cyber, pastu balik rumah makan pulak. Aku nak mengubah layout blog ni sebenarnya, tapi takdek masa free sangat la pulak. Adaaa je kerja.. (tapi masih sempat merfoya-foya sekali sekala).
*Ngeh ngeh ngeh.. Dah dah pi sambung buat calibration nu!
Tuesday, 15 January 2008
panggil masuk jumpa dia. Last week kitorang dah bincang pasal planning
untuk programming eksperimen ketiga aku.
Untuk PhD lah.
So weekend haritu aku dah la pikir2 lebih kurang untuk programming tu. Ekceli
aku nak jumpa si Sarah ni sangat-sangat sebab aku nak tanya dia, OK tak kalau aku
balik raya tahun ni. *hehe fingers crossed. Raya tahun ni September/Oktober,
time tu dah hujung musim panas dan student pun baru nak start semester baru.
Kununnye tiket murah sikit la, tapi aku tengok macam tuuu aje. MAS aje maintain
mahal. Lagi mahal adalah.
Tambah-tambah pulak, ayah aku cakap Jumaat lepas - rindu dah tak tengok muka
aku setahun. Huhu. Kena balik ni takleh jadi. Ayah aku nak hantar MMS, tapi tau-tau ajelah
henset aku tu. Hukum campak ke River Cam aje - ke aku yang tak reti setting? :p
Nak beremail, ayah aku tak reti sangat - tapi aku rase dia reti, cuma dia malas aje kot
bende-bende melibatkan technicalities nie.
Semenjak aku datang sini, dah bertambah lagi 2 anak sedara aku. Pikir-pikir balik - waaa banyak pulak benda yang aku missing sejak datang sini. Tapi ye la kan, aku pun nak kejar cita-cita aku jugak (cita-cita aku yang sebenar ke? Belasah ajelah huhu)
Abang aku dah cakap aku kena prepare duit raya lebih sebab anak sedara dah ramai. Tapi mana aci kalau aku tak dapat tngok diorang membesor, tau-tau aje dah nak kena kasik duit raya!
Heiii bila la nak masuk jumpe Sarah ni. Berdebar pulak nak bagitau dia yang akunak cuti. Apa-apahal, programming planning aku musti tip-top kejap lagi. Kasi dia
gumbira sikit. Pastu baru break the news. *grin..
Aku nak balik! Malam tadi pun asyik ulang main lagu Joget Pahang aje, walaupun dah
sah-sah aku bukan orang Pahang. Kesian flatmate aku si Korean tu bile aku memekak malam
tadi menyanyik. :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hapdet! 3.05pm
Hehe satu hari sampai 3x update. Melampau sungguh. Mentang2 la blog baru. So
semangat tu membuak-buak la.
Baru abis meeting tadik dengan Sarah. Dan dia takde hal kalau aku nak balik kejap raya depan! Hehe.
Ekceli programming planning aku takde la meletup sangat. Tempias gitu-gitu aje. Ye la, background aku bukan programming pun. Tambah2 aku takleh jawab how many pixels do you need to construct the smallest second-order letter C. Mane la aku nak tau. Tergagap jugak tadik. Sampai dah cakap omputih pun lenggok Melayu asli.. *grin
Tapi agak'eh dio suko den punyo calibration data ni ha. Sampai ke akar umbi dia check setiap data point aku. Takut pulak aku tengok. Last-last ok la, bila aku cakap nak balik, dia OK aje. Tapi kan, time aku tgh taip entri ni, aku dapat info pulak sesapa yang balik tanpa kebenaran, scholarship kena potong pulak! Camner pulak tu... :(
OK la. Nak memesrakan diri dengan MatLab. Asyik hapdet aje, ape cerita.. Pukul 6 ni Laura, advisor merangkap programmer aku datang lab. Kena la prepare-prepare siikit. Walaupun aku tak reti sangat, tak mau le kelihatan buduh sangat. Kejam sungguh rasanya.
The first in the new: a continuation
Blog baru, untuk tahun baru. Saje aje aku mula dari scratch.
Blog lama aku dah bertahun, dan sayang sebenarnya nak tinggalkan.
Masa aku buat blog lama tu, aku mula dari nothing. Blogspot dah
ada dah (masa tu 2004 aku rasa), cuma aku rasa lagi seronok buat
dari scratch. Makanya buatlah aku guna HTML, belajar satu-satu.
Sekarang ni, lepas 4 tahun - baru aku sedar ye susah jugak nak
maintain kalau tiap-tiap kali nak update, asyik kena taip all
the codes and stuff. So hopefully dengan blogspot nie, lagi mudah la
aku merapu meraban segala macam. *grin
Judin.
That was what my Ibu used to call me. The only person I think, who called me
by that name. And, the new year, turning a new leaf, this blog is dedicated to Ibu.
Moga-moga Ibu tenang di sana.
Ijud.
This is what my friends call me. And by almost everyone.
It's weird really, when you can't really express everything in your blog. My old blog,
in my case. Huhu. Terasa macam ada distance pulak antara aku dengan blog aku
sendiri.
Jadi untuk yang ini, probably it's going to be more personal. All the tribulations
I have inside will be in here. Kunun-kununnye le.. *hihi.
So. New entry. New blog. Aku rasa this will last. Hopefully!