Kadang-kadang aku rasa kesian pulak kat diri aku sendiri.
Kerja kuat sangat. Hehe. Rasanya lah.
Semalam aku habiskan kutip data lengkap 4 set. Biasanya untuk lengkap 4 set, aku ambil masa sekurang-kurangnya 2 hari. Tapi semalam aku fikir pulak, kalau dapat habiskan 4 set dalam masa satu hari, malam boleh terus buat analisis data dan terus dapat result.
Maka semalam, seharianlah aku duduk dalam gelap, dalam makmal menekan butang. Well, eksperimen aku memang dalam gelap dan untuk dapat data, kena tukan butang berjuta-juta lemon kali. Sambil-sambil tu, aku pun godek-godeklah programming through MatLab untuk create stimulus bagi eksperimen ketiga aku. Malamnya aku pun analisis lah semua data dekat library sampai pukul 11 malam.
Setel aje analisis data, keluarlah result yang menarik.
Memanglah menarik, tapi by the time aku siap analisis tu, aku tak mampu nak fikir apa-apa dah. Sekadar merenung result tu aje tapi dah tak larat nak buat analythical thinking ke apa jadah ke. Sure confirm dah otak dah berhenti berfungsi untuk hari tu.
Hari ni pulak, Monika datang pukul 9 pagi jadi subjek aku. Monika ni 3rd supervisor aku, bagus betul supervisor sendiri jadik subjek, hehe. Sambil-sambil tu isi borang untuk apply travel award untuk pergi konferens ulan Mei ni. Pukul 11.30 pagi pulak, Kimie datang jadi subjek aku. Pukul 12 balik rumah, makan tengahari, pukul 1 sampai 4 petang pulak mengajar 1st year undergrad kat lab. Habis mengajar tu pulak, diskas dengan Monika pasal result aku malam tadi sampai dekat pukul 6 petang (sambil berselang seli dengan sesi menganyam ketupat).
Balik rumah, masak, makan. Lepas tu aku terus tertidur kejap.
Biasanya aku hampir tak pernah tidur time-time macam ni. Selalunya aku make use of my whole usual waking hours. Kalau aku dah tertidur pukul 7 macam tadi, memanglah aku dah super duper penat, tu yang la ni dok kesian-kesian kat diri sendiri ni. Huhu.
Pukul 8.15 malam tadi terbangun, terus tukar baju. Ingat tadi kalau tak tertidur, nak pergi library. Tapi ayohh tak larat seii.. Ni pun aku lepak kat bilik aje, baca paper untuk presentation Jumaat ni. Dah la ada option untuk 2 paper (bentang salah satu aje), tapi memandangkan Sarah hanya akan datang lab hari Khamis ni, so aku pun tak tau paper mana yang ak kena bentang nanti.
Kesimpulannya, kena baca dua-dua sekali la tu!
Satu problem aje dalam eksperimen aku adalah problem nak bayar Kimie ni sebab dia dah jadi subjek aku. Ni yang tensen dok kat universiti miskin ni. Funding asyik takde aje semanjang. Aku pun tak sedaplah kan, sebab aku dah cakap kat Kimie dia akan dibayar ikut jam, tapi ini dah minggu ketiga dah dia jadi subjek aku tapi haram satu pence pun tak nampak lagi.
Aku ada cakap kat Sarah minggu lepas, paling-paling teruk pun, aku akan guna duit mengajar aku untuk bayar Kimie. Aku pun dapat dalam £30 seminggu, so based on rate upah Kimie dan jam dia spend untuk eksperimen aku, cukup-cukup la untuk bayar dia.
Sarah cakap that I shouldn't do that,and wait for the fund to come. Tapi seganlah aku kan. At least aku kena la bagi upah untuk mingu pertama Kimie, tambah-tambah pulak dia sibuk mencari ATM tadi. Terasa macam diberi hint pulak. Takpela esok kot aku cekau duit bayar dia.
Banyak betul hurdle nka ber-PhD. Takpelah, at least hurdle aku just dari segi teknikal aje, bukanlah sampai problem besar dengan supervisor ke, dengan vice-chancellor ke, hehe.
Takpe, pakcik boleh!
No comments:
Post a Comment