Aduh.. Banyak benor keroje.. Pening kepala aku..
Dari pagi kerja tak berenti-renti. Mula-mula meeting dengan Sarah. Sekali lagi, aku diingatkan pasal all the experimental runs. Nak run on myself lagi, nak repeat on Raju (salah sorang subjek aku) lagi. Pastu tadi plan sekali jadual untuk penggunaan equipment kat lab tu. Ye le, Sarah pun nak run the experiment on herself jugak.
Satu benda yang best (best ke??) pasal eksperimen aku adalah, aku sendiri boleh jadi subjek. Sarah si supervisor aku tu pun jadi subjek aku jugak. Total subjek aku for the whole PhD ni adalah dalam 5 orang.
Tapi setiap sorang tu kena contribute berjuta-juta lemon data. Mak nenek betul.
Bila buat research on how the visual system works ni, kita tak perlu subjek banyak-banyak. Tugasannya tetap sama, hanya perlu beri respon pada stimulus aje. Kau buat kat 100 orang ke, 10 orang ke, resultnya gitu jugak, considering semua subjek kau normal la. Sebab tu dalam research dalam bidang ni (vision science), kalau tengok research papers, subjeknya semua 2-3 orang aje. Dan kebanyakkannya, author of the papers tu sendiri yang jadi subjek.
So duduk la sorang-sorang, bergelap dalam lab, tekan butang sana sini - nak memahami the way our brain works punya pasal.
Si Raju ni pun satu. Aku suspek sebelum ni bila dia buat eksperimen, dia main belasah aje. Kiranya buat separuh hati aje la. Langsung result dia macam lahanat aje. Kan dah kena tambah a few more runs nak stabilizekan balik reading dia.
Lepas dah meering-sembang denga Sarah tu, tetapkan appointment untuk experimental sessions untuk Raju dengan Hakimi pulak. Pastu adjust-asjust lagi poster untuk konferens bulan depan (Sarah kata kaler banyak sangatlah, kena cari sampel graf yang lagi lawa la.. Penin kepala pakcik).
Tengahari pulak mengajar kat lab - Clinical Optometry 1 - dari pukul 1 sampai pukul 4. Tadi ajar prosedur untuk ophthalmoscopy.
Ada la satu pair bidak pompuan ni, aku ajar dia rotate lens wheel tu guna ibu jari. Pastu ada budak final year yang tolong mengajar cakap kat dia rotate guna jari telunjuk. Aku kat kubikel sebelah masa tu dengan student lain. Aku terdengar la salah sorang budak pompuan tu cakap: 'The other guy told me to rate using the thumb,'
as if menyalahkan aku pulak (diorang ni satu-satunya pair yang masih tak reti-reti guna ophthalmoscope).
Ada yang aku hentak pulak dengan kepala ophthalmoscope tu karang. Dah tak pandai guna lagi nak salahkan aku pulak. Ah, lantak la, yang penting aku dibayar £10 sejam. Muahhahaaa..
Lepas kelas pukul 4 baru la dapat makan. Pukul 5 pulak tercangak menunggu desktop aku yang dah 3 minggu hantar repair. Kejap hari Jumaat siap lah, hari Isnin lah, minggu depan lah. Nasib baik la siap jugak...
Dari pukul 6 sampai 8.40 malam tadik, ada programming session dengan Laura. Aiyo penat gial aku sekarang ni, nak cerita pun tak larat dah. Otak tepu dah melimpah ruah dah ni.. Huhu.
Esok nak settle kan pulak kau punya annual re-registration. Bengong betul la universiti ni. Tiap-tiap awal semester adaaa aje problem. Aku baru tau semalam yang aku tak dapat re-register sebab dia nak surat pengesahan dari KPT yang aku akan terus disponsor untuk tahun kedua, padahal dalam surat aku dah terang-terang tertulis yang aku akan disponsor selama 3 tahun. Lepas tu bukannya nak bagitau awal-awal pasal nak pengesahan tu, padahal aku dah try na ksetelkan dah nak masuk 2 minggu dah. Expiry date lagi 3 hari baru sibuk nak bagitau aku.
Lain kali kalau aku bagi surat tu, baca la sampai habis. Dulu sibuk kata KPT tak bayar yuran, padahal kerani bengong tu tak baca dalam surat tu kata semua bayarak kena la mintak kat KPT, siap bagi alamat segala. Takkan kau nak expect KPT nak bagi duit kat kau kalau kau tak mintak?
Bodoh betul la universiti ni bila sampai bab-bab simple macam ni.
Kan dah kena bodoh sekali. Dan bengong dua kali. Hehe.
Tuesday, 29 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment