Hmm.. Dah setahun rupanya aku kat sini.
Apa yang dah berlaku dalam sethaun ni ek? Aku rasa kehidupan aku sekarang ni dah banyak beza dengan masa aku mula-mula sampai dulu.
Mesti la ada beza kan.
Setahun lepas, aku kenal dua orang Malaysia aje kat sini. Itu pun dua-dua dah lesap (balik negeri lah). Malam tadi, aku pergi rumah Kimi. Masa dia call aku dia cakap ada makan-makan, datang le awal sebab lepas tu ada meeting pulak. Tapi aku tak kesah le sangat pasal meeting tu, yang penting makan. Tak jadi aku pergi Asda nak beli barang dapur. Ye lah dah dapat makan free.. Hehe.
Yarabbi nikmat gile makan soto semalam.. Rasa macam nak tapau bawak balik aje. Makan-makan lebih kurang, datang la orang-orang lain pulak... Gile ramai jugak orang Melayu kat Cambridge nie rupanya. Aku punya sorang-sorang melayan duka lara pasrah segala. Yang paling tak sangka, classmate aku kat sekolah dulu pun ada kat Cambridge jugak! Si Intan tu baru datang September aritu. Intan cakap kat aku memang tak ramai pun orang Melayu kat sini, cuma baru-baru nie aje jumlah tu makin bertambah.
Tiba-tiba malam tadi, buat pertama kalinya aku dikelilingi dekat 20 orang Melayu. Bahagia aje rasa, boleh tak.. Hehe (lagipun sebab dapat tambah soto 2nd round *smile). Ekceli tujuan meeting tu nak tubuhkan satu persatuan untuk orang Melayu Malaysia kat sini, sebabnya kitorang sangat-sangat lah underrepresented kat persatuan yang ada sekarang (baca: persatuan tu di-conquer ca ya nun alif). So susahlah katanya nak organize aktiviti, especially bab makan-makan.
Lagipun aku memang anti sikit dengan persatuan yang ada sekarang ni. Ada sekali tu au ada nak join aktiviti diorang tapi aku kena bayar full fee sebab aku bukan member. Tu takpe lagi. Lepas tu ada ke patut diorang cakap aku sampai bila-bila pun takkan dapat jadi ahli sebab aku bukan Malaysian student yang belajar kat Cambridge University.
Apa kes?? At least fikirlah kebajikan orang Malaysia yang belajar dekat bandar yang sama kan, bukan luak pun kalau aku jadi ahli. So terus aje aku anti dengan diorang.. Huhu.
Makanya malam tadi tertubuhlah Cammus (Cambridge Malaysian Muslim Society).. Aku mula-mula tak jadi AJK pun, tetibe 'ter'jadi pulak ala-ala AJK khas untuk Anglia Ruskin University.. Nak buat apa pun tak tau, sebab aku sorang aje member yang belajar kat situ.. Hehe.
Tadi pulak aku keluar jalan jalan dengan Intan kat pekan. Puas hati siot dapat jalan dengan orang yang aku kenal tanpa perlu berbahasa Inggeris.
Dan lepas setahun, aku bakal tukar henset dan tukar mobile service provider. Hehe. Dulu aim aku nak cari offer yang paling murah untuk call Malaysia, sekarang ni dah ramai pulak kawan kat Cambridge ni, jadi kena consider diorang jugak ni.
OK kena stop. Semalam dah seharian tak buat apa-apa. Hari ni kena la at least baca something-something. Lepas setahun, kena la buat lebih baik dari setahun yang lepas ye tak.
Sunday, 27 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment