Wednesday, 23 January 2008

Florida, anyone?

Anyone (particularly in UK, tapi dari Malaysia pun takpe, hehe)fancy spending some time in Florida?

Konferens Vision Sciences Society aku bulan 5 tahun ni. Ye ye kan nak berkonferens tapi sibuk promote pasal holiday bersuka-suka pulak.

Kat uni aku ni, setiap student postgrad akan disponsor sekali sepanjang pengajian untuk present kat mana-mana international conference. Dengar macam gempak la kan.

Bad news nya pulak. staff baru lepas meeting tadi dan Sarah cakap maximum tahun ni dia bagi cuma £250. Sedih betul belajar universiti miskin kecik ni. Huhu. Tapi takpe, aku dah apply beberapa tempat lain untuk sponsorship, insya Allah dapat kot. Tiket pergi balik aje dah £430. Tu belum transport lain lagi, makan minum lagi. Hotel lak dalam US$90 semalam. Kalau dapat both sponsors dari uni dengan dari society yang aku mintak tu, insya Allah cukup kot.

So.. Dari apa yang aku baca, di US semuanya besar - kereta, jalan, portion makanan - dan termasuklah bilik hotel - makanya rugi la pulak kalau gi sensorang kan. Sebab bilik hotel paling koman pun boleh muat 2 orang putih, baik aku ajak sesapa datang dengan aku kan. Dulu pun Carmen ajak postgrad lain pergi dengan dia, cuma topap tiket katebang aje. Accommodation dah konpem tak payah bayar..

So, berminat? Return flight around £430-£450 (direct, mungkin lagi murah kalau stopover dekat New York).

Muhahaahaa.

Kontek la aku kalau berani. Hehe.

-----

11.23pm, Library.


Poster contents untuk Annual Research Conference dah settle! Yeay!


Well, at least dah settle mengikut terma aku lah. Sebab tak tunjuk kat Sarah lagi. Sebenarnya Sarah tak cakap pun nak tengok rangka untuk poster aku. But sooner or later, aku kena tunjuk kat dia jugak kan. Lagipun, aku kan pro-aktif.


Haha yelah tu. Sebenarnya, second supervisor aku, John, merangkap first supervisor budak postgrad bilik sebelah dah bagi deadline kat student dia. John suruh Vineela email poster outline dia malam ni, dan esok nak bincang.


Memandangkan John nie jugak merangkap suami si Sarah, so dah sure la Sarah akan teringat (atau diingatkan) pasal poster aku pulak ye tak. So sebelum Sarah sempat suruh aku esok, baik aku hulur terus aje kat dia.
Kena la aktif sikit (ini bukan mengampu ye. Bukannya aku buat apa yang dia tak suruh buat. Aku buat apa yang aku tahu aku kena buat dan tanpa perlu disuruh atau ditolak jatuh tebing baru nak terkial-kial buat). I got 8 out of 9 in my assessment last semester to prove that tau.


OK. Nak balik dulu. Lapar la pulak. Semalam tak tahan godaan, balik library pukul 11, sempat pulak singgah chicken Cottage beli burger. Tak pasal aje.



No comments: