Monday, 21 January 2008

self-imposed rules

10.30 pm.

Kat library. Giler aahhh...

Alah, ramai aje kat library ni sebenarnya. Takde la nak perasan rajin sangat. Hehe...

Sekarang ni kena la aku self-impose certain rules untuk diri sendiri. Lepas setahun kat sini, banyak lagi yang aku tak tau sebenarnya. Terpaksa aku berazam untuk mengambik tahu semua. Kalau boleh semua-semua sekali.. Heeh tamak betul.

Tapi tak luak pun ilmu kalau dicari, ye tak?

Aku kat library tengah-tengah malam ni pun sebab saje nak wujudkan suasana prep..

Hmm prep lah pulak.. Hehe. Pada aku prep ni bagus apa. Sebab prep ni memaksa aku stadi. Fasa hidup terakhir aku yang ada prep berjadual adalah masa kat matrik (ye, matrik aku wajib prep malam ye). Aku ni pulak stail kena tengok orang lain stadi, baru la aku semangat nak stadi.

Masuk universiti, stadi sendirik-sendirik, terus kecundang aku. *smile.

Saje aje pergi library ni sebenarnya. Duduk kat rumah alamatnya haram la tak jadi kerja. TV tu kalau takde cerita pun tetap jugak aku tengok. Dah la siang kat lab pun bukannya sepanjang masa buat kerja berfaedah. Ade aje distraction yang membawa ke procrastination.. Huhu.

Alamak.. Ada junior aku pulak kat area ni. Mai stadi gak kot?
----

Ok. Just said hi to him.

Aku kan mesra pelajar. Ahahaha..

So here I am, merepek sorang-sorang. Hmm.. Nak berazam lah datang library tiap-tiap malam. Harap-harap la. Sebab sekarang ni terasa sangat lah tak cukup pandainya aku ni.

Sebenarnya dah rasa tak cukup pandai lama dah, tapi aku buat derk ajer. Haha..

OK kena sambung baca something ni. Esok gerenti Sarah nak meeting ngan aku. Ape la aku nak goreng esok ni. Last week aku rasa maca mtak buat apa-apa pun. At least apa-apa yang impressive lah. Lepas tu dengan sakitnya lagi.

Sebab tu laa orang ambik masa bertahun-tahun buat PhD. Semalam ada student aku selamba aje cakap "3 tahun nak buat PhD? Lamanya.. Takkan tak sempat siap?"

Suka-suka hati aje.

Tengok ape yang aku tulis kat profile tu - bende-bende yang aku kena ambik tau. Nak jadi scholar punya pasal, belasah ajelah. Dan aku kena belasah sekali student aku tu.

No comments: