Sunday, 20 January 2008

Ahad

Hari Ahad.

Dan di library. Ngeh ngeh ngeh.

Ramai gak orang harini. Aku rasa sebab undergrad students nak exam untuk semester 1 nanti. Dah puas korang bercuti Krismas dengan New Year segala, sekarang rasakan kena amik exam. Hehe..

Antara sebab aku terus proceed to PhD (instead of doing Masters first) - adalah aku dah malas nak amik exam. Cukuplah aku amik exam dari umur aku 7 tahun sampailah ke 22.

Masa aku nak apply untuk postgrad dulu, ada prof aku cakap better ambik taught course masters - meaning, masuk kelas, masuk klinik, all year evaluation, in the end ada paper exam. Cara ni gerenti akan dapat grad on time - asalkan aku lulus written exam tu.

Tapi mengenangkan aku dah tak kuasa nak menghadapi tekanan nak duduk ambik periksa, maka aku pun mengabaikanlah idea tu. To me, the greatest pressure is the night before exam. On the day itself tak rasa pressure sangat, mungkin sebab aku tau aku dah tak boleh buat apa-apa kot. Haha.

Lagipun, kalau dah dapat buat PhD direct, baik grab aje peluang tu ye tak.

Bile la nak mengambik gap year ni. Cuti setahun berjalan-jalan. Dari kecik sampai ke besor asyik berada dalam environment akademik aje. Habis PhD ni lagi la, konpem seumur hidup dok dalam akademik setting. Nasib la lepas habis bachelor's degree aku kerja setahun lebih. Kira gap year la jugak tu. Walaupun kerja yang mendapat gaji ribu riban tapi aku rasa macam takde life dan asyik mengalami tekanan perasaan aje, pada aku baik angkat kaki aje.

Dan dah angkat kaki dah pun. Lama dah. Hehe.

Besides the time when I lost Ibu, there are two bad memories in my life - when I was in Form 2, and when I was working right after my final exam (not graduation!) in private practice.

And no doubt, my previous (and officially first) working experience is the worse of the worst.

Walaupun ada aje kengkawan aku yang bertukar-tukar kerja sebab tak sesuai, atau tak dapat kerja langsung, aku tak pernah rasa sesal tinggalkan kerja lama aku. Lagi gembira adalah. Hehe. Just my luck that I could play the 'supply-and -demand' card. Demand was (and still is, I think) for optometrists is high and there is a shortage of supply. So aku suka-suka hati aje la angkat kaki.

OK. Sambung baca buku.

There is still long to go with my academic year in my life.


-----------------------------------------------

Wah, mentang-mentang la library ada access internet semanjang, asyik nak menghapdeeeeeeet aje. *smile

Banyak pulak orang tidur kat library. Ye ye la aku puji diorang kejap tadik. Kalau ada kamera kan best dapat gak meng-snap-snap. Bukan takde kamera, tapi aku tak gemar sangat le dengan Ca*sio Ex*ilim aku tu. Gambar semacam aje. Aku rasa musti something wrong dengan optics lens dia. Selalu orang amik kesah dengan pixel aje, ala-ala tinggi pixel lagi bagus la (padahal bukan nak amik gambar lepas tu enlarge bagai nak mati). Dulu aku pakai Canon yang 3.2MP aje tapi kualiti gambar lagi bagus dari Casio yang 7.2MP nie. Harap makan storage space aje lebih. Huhu.

Tadi aku gi jenjalan kejap. Sempat la belek-belek 2,3 chapter pasal programming. Haiyooo ape laa yang optometris buat dengan programming book ye tak.

Ini la nasibnye buat lab-based research. Walaupun programming dah siap sebelum aku sampai sini, kena la tau jugak kan camner benda alah tu diprogramkan. Setakat tekan butang dan dapat result, itu bukan PhD namanya. Sapa-sapa pun boleh buat kalau macam tu.

Sekarang ni dua programming language (ke programming program? Programming software kot..) yang aku kena belajar. Mat*lab dengan C++. Dalam blog lama aku, aku ada tulis pasal cubaan pertama aku nak belajar C. Tapi kecundang akhirnya, lepas program tak jalan dan aku pun give up. Mana nak menjadi, udah aku tau tau kena ada compiler-lah, debugger-lah. Main belasah aje masa tu.

Sekarang ni - masih tak berapa reti gak. Haha. Harap-harap lepas ni reti la.

Bila kenang-kenang balik apa yang aku pernah cita-citakan dulu, dengan apa yang aku buat sekarang, terasa sangat lah pelik. Nak jadi arkitek la, peguam la.

Tiba-tiba dok kat health care. Dan sekarang belajar programming la, Fourier transform la. Abis engineering matemathics semua kena belajar sebab nak apply kat vision. Dulu ingatkan kat matrik la paling last sekali aku kena belajar Calculus, pembezaan pengamiran segala.

Mai sini kena refresh balik pulakkk... Huhu. Malu je bentang paper lepas tu skip all the calculations part.

-----------------------------------------------

Anyway. Bercakap pasal Fourier transform.. Tadi aku dok belek-belek buku pasal teori encik Fourier ni, aku terjumpa resit library tahun 2003.

Ada nama student PhD Sarah yang sebelum aku. Si Subash.

Subash ni grad tahun 2005, sekarang kat Manchester. Ade la aku jumpa dia sekali masa dia datang jenguk Sarah aritu. Sebelum aku datang sini, aku ada la email dia tanya amacam kerja dengan Sarah, ok tak.. (Trick nak kenal personaliti bakal supervisor sebelum aku start buat PhD la kononnnya). Harma dia tak reply pun.. Ceh! Aku gamble aje datang to work with Sarah. Nasib la Sarah OK.

OK, berbalik pasal resit library si Subash nu. Tergamam kejap aku bila dia pinjam 5 buku pasal Fourier transform and analysis.

Waa.. Satu lagi bende ke aku kena tau..

Terpaksa pinjam jugak.

Cukup 3 tahun botak kepala aku. Huhu.

No comments: