Aku rasa aku dah makin deviate dari apa yang belajar dan tahu as an optometist.
Haha.
Research aku ni dah makin banyak menumpu pada physics and matemathics modelling of vision pulak. Dah la satu hal aku takleh practice optometry kat sini. Kat UK, kalau aku nak practice, I have to sit for a professional exam, macam mana-mana profesion kesihatan yang lain. Kalau lulus, baru boleh practice - which is good news, since kalau buat locum dapat £25o sehari - gile ah banyakkkk!!
Tapi the bad news - fees untuk exam aje dah ber-££-££. Mengenangkan betapa horrornya practical exam yang aku amik masa undergrad kat Malaysia, nak amik exam ni pun kena pikir 7,8 ribu kali. Research aku yang lab-based dan bukan clinical-based dah satu hal - satu-satunya penyambung riwayat clinical skills aku adalah mengajar lab untuk student undergrad. Dapat gak duit poket, cuma harap-harap aku tak bagi ajaran sesat la kat diorang. Sehari sebelum lab baru nak bukak balik buku, dan selepas setahun tak praktis pegang alat-alat untuk eye examination..
In one way, aku tak kisah sangat pun kalau deviate dari clinical setting. Honestly, aku rasa aku tak prefer sangat buat klinikal pun sebenarnya. Haha. Dok teringat lagi masa final year undergrad dulu, setiap kali dapat fail patient, aku pegang kejap, tarik nafas dalam-dalam, baca doa apa-apa yang patut lepas tu baru panggil patient. Yes, helping people is a satisfaction - tersangatlah puas dan seronok kalau aku berjaya tolong patient selesaikan any vision-related problem. Tapi, along with that, comes the responsibilities and burden of misdiagnosis.
Ada sekali tu - salah sorang fellow blogger jadi patient aku. Aku tak dapat diagnose eye condition dia, walaupun all the signs were so clear in front of my eyes dan aku dah jumpa 2 kes yang sama sebelum tu. Paling tak tahan kena kutuk dengan supervisor dari belakang. Terus aku mengalami acute depression masa tu. Pukul 4 pagi esoknya, dengan tak boleh tidur, aku contact patient aku mintak maaf segala... :(
OK, sekarang, biarlah aku buat lab-based research. To understanding vision. Maka marilah kita berenti menghapdet dan mohlah ke library bukak balik all the Calculus books. Sebelum-sebelum ni aku belasah aje baca research papers, skipping all the calculation part.
Suka-suka hati aku aje...
Sekarang dah second year, and I expect myself to produce my own calculations, for my own mathemathical modelling of vision. Walalalalaa..
Saturday, 19 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment